Kerajaan komited memastikan fasa 2 Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) sampai kepada golongan sasaran, antaranya melalui pengumpulan data dan pemeriksaan maklumat berterusan.<br /><br />Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz memberitahu, BPR adalah usaha berterusan membantu kelangsungan hidup rakyat.<br /><br />Terutama golongan rentan dan mudah terjejas, pekerja atau mereka yang bekerja sendiri, bergantung kepada upah serta hasil pendapatan harian.